Kriteria Kelayakan

Pemohon Yang Layak
- Warganegara Malaysia
- Pembeli rumah pertama
- Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
- Pemohon individu atau bersama
- Pendapatan kasar isi rumah sehingga RM10,000 untuk pemohon tunggal/pemohon bersama
- Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas
- Pembiayaan sehingga 110%*
* Pembiayaan >100% hingga 110% hanya untuk pemohon yang berpendapatan isi rumah ≤RM5,000 + membeli harta tanah ≤RM300,000
Harta Yang Layak
- Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia
- Nilai maksimum hartanah RM500,000
- Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)
Keperluan Pembiayaan
- Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaan
- Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran)
- Insurans/takaful kebakaran diwajibkan
- Untuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000:
- Wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK dan boleh diakses dalam portal AKPK RumahKu di https://power.akpk.org.my
- Tempoh moratorium selama 5 tahun