SRP adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu pembeli rumah pertama untuk membeli rumah pertama mereka. Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapatkan pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.
Cagamas, melalui anak syarikatnya Cagamas SRP Berhad ("CSRP") akan memberi jaminan kepada bank-bank yang berkenaan atas dasar 'kerugian pertama' untuk pembiayaan yang melebihi aras 90%.